Monday 1 October 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (13)

Kami meminta maaf kerana tidak menegmaskini laman ini sejak beberapa hari lepas. Ini berlaku kerana kesibukan menganjurkan pertemuan diantara para bloggers untuk bersama-sama bersatu untuk memperkatakan yang hak.

Pertemuan ini juga menemukan beberapa watak-watak penting dalam siri ini dimana buat pertama kalinya, Tengku Amran di pertemukan secara terbuka.

Selain Tengku Amran, seorang lagi waris Kesultanan Perak juga turut serta untuk bersama-sama merungkai persoalan dan keraguan yang mungkin timbul. Beliau adalah YAM Raja Sharuzzaman Idris Shah, anak kepada Almarhum Sultan Idris Shah.

Bukan setakat dokumen-dokumen yang perlu diteliti, malah dalam majlis ini juga, Tengku Amran telah menunjukkan keris "Taming Sari" yang dikatakan milik mereka yang benar-benar waris kesultanan Perak.


Duduk dari kiri. Raja Shahruzzaman. S.H. AlAttas dan Tengku Amran. S.H AlAttas sedang mencabut keris Taming Sari.

Keris Taming Sari yang didakwa oleh Tengku Amran. 

Wednesday 26 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (12)

Hubungan Nizar dengan istana (1)

Haji Mohamad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar yang paling singkat dalam sejarah kerajaan Perak. Hj. Nizar naik dalam jangkawaktu yang paling singkat, dan jatuh dalam masa yang paling singkat. Tak ramai yang mengenali Hj. Nizar sebelum dia menjadi Menteri Besar.

Dalam PRU 11, Hj. Nizar bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, Bandar Diraja, tetapi tewas. Pada tahun 2008, dia bertanding di Pasir Panjang dan menang dan seterusnya dipilih untuk menjadi Menteri Besar Perak.

Liku-liku pemerintahan Hj. Nizar di Perak penuh dengan dugaan. Dan dugaan yang paling besar bukannya datang dari Umno dan BN tetapi dari Sultan Azlan Shah. Seperti yang pernah disiarkan didalam Malaysia Today, semuanya berkaitan dengan ketamakan harta kekayaan.

http://mt.m2day.org/2008/content/view/17858/84/

Umum mengetahui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang kerana tiga orang ADUN yang melompat dan didalangi oleh Najib dan Umno tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa dalang sebenar disebalik kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak adalah Sultan Azlan Shah.

Dengar dulu pengakuan Hj. Nizar dan selepas ini kita akan mendedahkan  perilaku Azlan Shah terhadap Hj. Nizar.


Monday 24 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (11)

Untuk kesekian lamanya, manusia dikuasai oleh sekumpulan elit yang bergelar Raja atau Sultan. Untuk membezakan dua kumpulan manusia yang menguasai dan dikuasai ini, maka satu terma digunakan iaitu Raja dan rakyat. Raja adalah kumpulan yang berkuasa dan rakyat menjadi kumpulan yang dikuasai.

Raja bukan dipilih oleh rakyat tetapi berkuasa kerana ilmunya. Ilmu yang diikitiraf pada masa dulu ialah ilmu-ilmu kebatinan dan ilmu ghaib. Sesiapa yang penuh dengan ilmu didada akan cuba menguasai orang lain dengan menggunakan ilmunya.

Maka berlakulah peperangan dan pertentangan diantara mereka yang berilmu ini, dan sesiapa yang mampu mengusai jin dan makhluk ghaib yang lain, maka dialah menjadi juara. Ganjaran daripada kemenangan ini ialah kuasa yang cukup luas untuk menguasai manusia.

Rakyat menjadi takut kepada Raja kerana kuasa yang dimiliki oleh Raja. Raja pula terus berusaha untuk memastikan dia terus berkuasa.

Maka dilantiklah beberapa orang untuk mengisi jawatan sebagai cop getah, hanya untuk mengiyakan apa yang dititahkan oleh Raja. Seorang Pawang Diraja dilantik yang kononnya untuk mengesahkan keturunan diraja. Pawang diraja juga sebenarnya bukanlah orang yang berkuasa atau tinggi ilmunya, tetapi hanyalah untuk menjadi orang suruhan diraja.

Penyimpan Mohor kemudian dilantik sebagai Menteri Penerangan dan satu "kabinet" dilantik yang diberikan gelaran Raja Bergelar. Undang-Undang Tubuh diwujudkan untuk memastikan kuasa itu tidak terlepas ketangan orang lain.

Dalam masa yang sama, "rakyat" tidak berpeluang untuk menuntut ilmu yang dipelajari oleh golongan Raja ini. Rakyat perlu dibodohkan untuk memastikan tidak ada yang berani menentang kuasa diraja.

Tetapi satu kesilapan yang dilakukan oleh Raja-Raja ialah sikap leka, berpoya-poya dan malas belajar dikalangan anak-anak mereka. Anak-anak Raja tidak perlu belajar menuntut ilmu kerana merasakan bahawa masa depan mereka akan sentiasa cerah hanya kerana mereka "anak Raja". Mereka boleh hidup dengan elaun dan pencen yang dibiayai oleh rakyat.

Inilah yang berlaku kepada Tengku Amran, Raja Ahmad Nasir, dan ramai lagi anak-anak raja di Perak. Malah keadaan ini juga sedang berlaku dibanyak negeri dimana anak-anak raja hidup dengan berpoya-poya.

Apabila British datang ke Malaya, sebahagian besar orang Melayu sedar bahawa Raja-Raja Melayu bukanlah hebat sangat. Raja Melayu hanya hebat dikalangan orang Melayu yang terus mendewakan mereka

Kuasa ghaib, kesaktian dan jin penunggu tidak mampu menewaskan British. Raja-raja Melayu yang  dianggap berkuasa dan berdaulat terpaksa tunduk kepada British dan menjadi boneka British.

Selepas merdeka dari British, sebahagian orang Melayu yang berilmu merasakan bahawa mereka boleh memerintah dengan lebih baik dari Raja-Raja atau Sultan tetapi sebahagian besar pula masih menganggap bahawa Raja dan Sultan perlu dikekalkan.

Orang-orang Melayu yang berilmu pada masa itu yang kebanyakannya menyertai Umno sedar bahawa orang Melayu masih ramai yang menghormati dan mahukan Raja-Raja, mungkin kerana masih menganggap bahawa Raja-Raja ini sebagai warisan yang perlu dipertahankan. Ramai yang menganggap, kalau tiada Raja, maka akan hancurlah umat Melayu didunia ini.

Kebangangan orang Melayu ini dieksploit sepenuhnya oleh cerdik pandai didalam Umno. Raja-Raja Melayu diberikan kemewahan sehingga mereka lupa daratan. Kehidupan keluarga diraja diselimuti kemewahan manakala tanggungjawab kepada rakyat hanyalah ketika upacara-upacara rasmi.

Rakyat terputus hubungan dengan keluarga diraja. Raja-raja tidak peduli kesusahan rakyat, manakala rakyat pula tidak tahu pembolotan kekayaan keluarga diraja.

Itu sebabnya, apabila jatuh seseorang anak raja itu, maka tidak ada sesiapa yang tahu nasibnya. Hari ini, ramai anak-anak raja yang dulunya hidup dengan kemewahan, tetapi sekarang terpaksa merempat. Jangan terkejut kalau ramai diantara anak-anak raja ini terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan, setaraf dengan pendatang Myanmar atau Bangladesh.

Bagaimana Azlan Shah yang bukan berdarah Raja boleh menjadi Sultan, manakala anak-anak raja yang berdarah raja sudah tersingkir?

Evolusinya tetap sama dengan zaman dahulu. Kalau dulu, mereka yang bijak dengan ilmu kebatinan, berupaya menguasai alam ghaib, akan mampu menguasai manusia lain dengan perang dan strategi, hari ini mereka yang mampu menguasai ilmu perundangan dan boleh memanipulasi keadaan akan diangkat menjadi Raja.

Sesiapa pun boleh menjadi raja sekiranya mereka berilmu. Dan apabila berkuasa, seseorang itu boleh melakukan apa saja dengan kuasa yang ada. Kuasa hampir mutlak terhadap rakyat ini menjadikan Raja itu bersikap tamak, rakus dan kadangkalanya zalim terhadap rakyat sendiri.

Friday 21 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (10)

Tertarik dengan dua komen dalam posting lalu tentang istiadat bersiaram di Beting Beras Basah.

Dalam komen pertama, berbunyi begini.

"Untuk pengetahuan lu dan ramai lagi... isu bersiram nih "kununnya" telah dibuat di Beting Beras Basah oleh Azlan dimasa pertabalannyer sebenarnya ada kesilapan dari segi lokasi... namun lokasi upacara bersiram tersebut tidak dibuat dilokasi sebenar iaitu lokasi dimana Idris terdahulu melakukan upacara bersiram. Jarak lokasi adalah lebih dari 1 km dari tempat sepatutnya. Boleh disemak dengan penduduk kampung yang masih tinggal berhampiran denan kawasan lokasi siram beradat nih."

Manakala komen kedua memberikan link yang mempunyai gambar. (disini)

Komen pertama mengatakan Istiadat bersiram di Beting Beras Basah dilakukan ditempat yang salah. Manakala gambar kedua hanya menyatakan "lawatan ke Beting Beras Basah".

Sebenarnya, tiada siapa yang pasti apakah Raja Azlan Shah menjalani istiadat bersiram diBeting Beras Basah dengan "penuh adat istiadat." Bagaimanakah satu istiadat yang cukup penting boleh tersilap lokasi? Ataupun "istiadat" yang dijalankan hanyalah untuk memberitahu bahawa memang benar Raja Azlan ke Beting Beras basah?  Maka atas sebab itulah Ku Ann mencabar Raja Azlan supaya sama-sama menjalani istiadat tersebut untuk membuktikan siapa yang benar.

Raja Ahmad Nasir menjalani ujian tersebut. Ku Ann juga menjalani ujian tersebut.


Assalamualaikum Rohku

Gerakan hatiku semasa melakukan pekerjaan baik pada hari ini
Assalamualaikum tok nenek moyangku yang empunya cerita dalam diriku
Bantulah dengan membawa doaku
Hari ini aku membersihkan diri aku dengan emmasukkan Darjat Kedaulatan tinggi atas kehendak Moyangku Radin Bagus atau Prabu Perwisaso Brawijaya

Aku mohon kehadiran Tok Pawang Beting beras basah bernama Datok Mahidin bin Mubin bin Datok Panglima Belantan Besi serta Ratu Laut selatan Bu ratu Mas Danang Sutawijaya atau Dewi Nawang Wulan, Bonda Puteri Aishah serta keturunanku yang lain bagi permintaan keturunan Majapahit yang akan dilakukan oleh Jin Pendaulat Istana iaitu Megat Chandin atas permintaan Ku Ann.

Assalamualaikum Tok Megat Chandin yang menjaga daulat istana, kehadiran Tok Megat jelmaan Buaya Putih menjadi pengiring cucu cicit kepada Radin Bagus dan Radin Fatah

Assalamualaikum tok megat Alang Di Laut, aku mohon kawalan Tok Megat sehinggan selesainya upacara mengikut Adat Istiadat Diraja berada dalam keadaan selamat

Aku juga memohon jika terdapat orang-orang yang mengikut sama dalam rombongan ini dengan niat yang tidak baik atau sebaliknya, ianya harus diturunkan petunjuk seperti hukuman setimpal sebagai menyedarkan diri mereka supaya penipuan tidak berlaku seperti dahulu mahu mengambil kesempatan atas sesuatu tujuan.



Ketika menjalani istiadat ini, satu bayangan tiba-tiba muncul dibelakang Ku Ann yang sedang bersedia untuk disiramkan. Perhatikan bayangan dibelakang Ku Ann.Siapakah makhluk itu?

Beranikah Raja Azlan atau Raja Nazrin menjalani istiadat ini bersama-sama Ku Ann dan Raja Ahmad Nasir?

Wednesday 19 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (9)

Siri kali ini akan cuba menjawab dua persoalan yang ditimbulkan oleh Malaysiacrisis.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik mengundang banyak perang saudara dan perebutan takhta oleh waris-waris Sultan. Dan antara mereka yang menuntut takhta, seorang yang nampaknya lebih cerdik ialah Raja Noor Jan Shah. Beliau tidak merebut takhta Kesultanan Perak, sebaliknya menabalkan diri sebagai Sultan Melaka iaitu negeri yang tidak mempunyai raja! Faktanya jelas, Kesultanan Perak adalah kesinambungan kepada Kesultanan Melayu Melaka, jadi beliau menuntut ditabalkan sebagai Sultan Melaka.

KU Ann@Tengku Amran bukan mahu menuntut takhta Kesultanan Perak. Apa yang diminta hanyalah pengiktirafan bahawa beliau adalah waris Kesultanan Perak, malah apa yang diminta oleh Ku Ann hanyalah elaun dan pencen yang merupakan haknya. Dan untuk menuntuk hak itu, maka Ku Ann perlu membuktikan bahawa dia adalah waris sah Kesultanan Perak.

Dalam siri (8), Ku An telah membuktikan salasilah beliau dan juga membuktikan bahawa salasilah yang ada dalam simpanan istana telah diubah suai.

Bukan itu saja, Raja Noor Jan juga menerima Darjah Kerabat oleh Pakoe Boewono XIII di Surakarta

Kalau Darjah Kerabat dan gelaran diraja dijadikan ukuran sama ada seseorang itu benar-benar diiktiraf sebagai pewaris raja, maka Ku Ann juga memiliki Darjah Kerabat, malah berhak memakai gelaran "Yang diPertuan" yang dianugerahkan oleh Istana Pagar Ruyung.


Apa yang menarik dengan tulisan Malaysiacrisis ialah tentang keunikan sistem pewarisan Kesultanan Perak dan kami amat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Oleh kerana begitu ramai yang menuntut hak dan mengaku kerabat, maka satu satu sistem piawaian perlu dicipta untuk memastikan seseorang itu benar-benar kerabat diraja.

Dalam setiap pertabalan Raja atau Sultan, seringkali kita membaca tentang "Pertabalan yang penuh dengan adat istiadat.".

Adat istiadat ini pula sering dikaitkan dengan roh dan jin dan barangsiapa yang gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jin ni, maka dia akan gagal dalam proses pertabalan tersebut. Dalam proses pertabalan ini, Pawang Diraja memainkan peranan yang cukup luas.

Salah satu adat ketika pertabalan ialah mengunjungi Makam Tok Temong dan membaca ikrar untuk memerintah dengan adil dan saksama. 

Tok Temong @ Puteri Badariah bt Alang Mohamad berasal dari Acheh, Sumatera memerintah Daerah Temong, Kuala Kangsar pada tahun 1577. Pada tahun 1595, Tok Temong menyerahkan kuasanya kepada Muzafar Shah berserta seniji Geliga Embun sebagai kebesaran negeri memandangkan Muzafar Shah adalah anak saudaranya. Tok Temong mangkat pada tahun 1663 dan disemadikan di Kampung Temong, Kuala Kangsar.


Sebagai salah satu adat istiadat yang perlu dilakukan, maka Raja Azlan Shah perlu menziarahi Makam Tok Temong tetapi apakah makam yang diziarahi semasa pertabalan itu makam Tok Temong ataupun makam orang lain? 

Makam Tok Temong diketahui dan di akui oleh kerabat diraja dikawal oleh jin. Mereka yang bukan kerabat diraja tetapi mahu mengaku raja akan menerima musibah sekiranya cuba menipu dimakam Tok Temong.

Untuk mengelak daripada sesuatu kejadian yang memalukan berlaku, maka Azlan Shah telah mengadakan upacara tersebut ditempat lain yang bukan makam Tok Temong walaupun dikhabarkan kepada rakyat bahawa Azlan Shah telah pun menjalani adat istiadat tersebut.


Manakala Makam Tok Temong sebenarnya ialah seperti gambar dibawah.



Bagaimana pula dengan adat bersiram?

Dalam Malaysiacrisis ditunjukkan adat bersiram di pentas persada dilakukan dengan adat istiadat. Adat bersiram yang dimaksudkan oleh Ku Ann ialah adat bersiram di Beting Beras Basah,yang disempurnakan oleh Pawang Diaraja dipentas yang disediakan secara turun temurun, bukan diatas pentas yang yang dibuat seolah-olah untuk majlis keraian.

Akan disambung.....



Tuesday 18 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (8)


Sepuluh tahun lalu, sekiranya ada seorang pelajar yang mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, sudah pasti dia akan gagal dalam pepriksaan, tetapi sekarang orang yang mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah diangkat sebagai Professor.

Sepuluh tahun lalu sekiranya ada yang mengatakan bahawa Hang Tuah tidak wujud, sudah pasti dia akan dianggap sebagai pengkhianat bangsa Melayu, tetapi sekarang  bila ada Professor yang mengatakan Hang Tuah tidak wujud, tidak ada siapa yang peduli.

Mungkin sepuluh tahun lagi, sesiapa yang mengatakan Altantuya dibunuh di Malaysia, sudah pasti orang akan mentertawakan mereka kerana bagaimana Altantuya boleh dibunuh sedangkan tidak ada rekod menunjukkan bahawa dia pernah memasuki Malaysia.  Dan bagaimanakah anak Altantuya mahu membuktikan bahawa ibunya memang pernah dibunuh disini?

Sudah pasti, anak Altantuya akan membuat laporan polis. Tetapi bagaimana kalau polis terus saja menolak laporan tersebut dan menganggap tindakan anak Altantuya itu ibarat tindakan orang gila? Dimana buktinya? Dimana kuburnya? Dimana rekodnya? Kebenaran bergantung kepada masa dan keadaan. Dan sejarah boleh diselewengkan untuk memastikan yang berkuasa terus berkuasa.

Satu perkara yang dipertikaikan oleh Malaysiacrisis ialah tentang Sultan Abdul Jalil dan salasilah Kesultanan Perak. Kami bukan mahu mengatakan bahawa Malaysiacrisis salah, tetapi cuma mahu mengetengahkan pendapat Tengku Amran.  Kebenaran hanya wujud apabila tidak ada sesiapa mempertikaikan “fakta” tersebut.  Tanpa media alternative, sudah pasti apa saja yang disiarkan didalam Utusan dan TV3 akan dianggap benar.

Berikut adalah petikan daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Tengku Amran kepada Sultan Azlan Shah. Ada perkara yang kami sendiri tidak bersetuju, tetapi kami siarkan keseluruhan surat tersebut untuk penilaian pembaca dalam bentuk imej dibawah sekali.

“Saya juga ingin mengetahui mengapakah Tuanku meminda beberapa fakta keatas nama Datuk saya seperti menghilangkan nama asal yang sudah diketahui umum iaitu Sultan Abdul Jalil Nasirudin Mutaram Shah (Iskandar Muda) Mahkota Alam Ibni Almarhum Raja Ibrahim yang pernah menjadi pemerintah Negeri Perak dari tahun 1606 sehingga tahun 1636 selepas kepulangan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah ke-4 ke Sumatera, demikian juga nama Sultan Abd. Jalil Karamatullah Shah dengan wajah yang serupa tidak ada kena mengena dengan nama orang yang tidak wujud ianya bertentangan dengan nama yang terdapat didalam Geneology of Perak Sultans.

Begitu juga dengan nama Almarhum Sultan Yusup Izuddin Shah disebut sebagai Putera kepada Datuk saya yang tidak ada kaitan langsung. Ianya tidak benar.

Almarhum Sultan Yusup adalah Putera kepada Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah dari Melaka. Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasirudin Mutaram Shah (Iskandar Muda) mempunyai anak seramai tujuh orang dengan permaisuri pertama iaitu Tengku Yong Safiah di Acheh, tiga daripada anak baginda telah dilarikan oleh Portugis dan akhirnya makam tujuh beradik telah dijumpai di Pahang dan seorang lagi puteranya bernama Tengku Muhamah Shah dengan permaisuri keduanya dari Perak iaitu Sharifah Malini yang masih belum terjumpa makamnya sekarang.

Pada tahun 1636 semasa baginda sedang bersembahyang di Masjid kota Lama Kanan serangan musuh berlaku, tiba-tiba baginda ghaib dan diketahui sudah berada di Pahang, suatu ketika baginda disedari berada di Perak menemui permaisuri keduanya yangsedang sarat mengandung oleh kerana baginda dipercayai mempunyai ilmu ghaib dan sebagainya, permaisuri baginda yakin pemergian Almarhum ke Pahang semula menemui dengan orang-orang kepercayaan baginda tidak diragui.
Pada penghujung tahun 1700 Baginda dilaporkan pulang ke Aceh tujuan meneruskan pemerintahan bagi menggantikan puteranya bernama Iskandar Ahmad atau Iskandar Tani yang dipercayai sudah turun ke Pahang mencari keluarganya yang lain. Apa yang diketahui selepas itu, makam tujuh saudara termasuklah makam Iskandar Tani telah diasingkan disuatu tempat berdekatan. Almarhum Sultan abdul Jalil (Iskandar Muda) disemadikan di Aceh pada tahun 1838.

Begitu juga disebutkan Almarhum Iskandar Ahmad atau Iskandar Tani adalah ayahanda sebenar Puan Khatijah Ahmad iaitu Bonda yang telah membesarkan Tuanku setelah keluarga di Raja Acheh yang melarikan diri ke Tanah Melayu untuk mengelakkan dari dibunuh oleh pihak Portugis ketika itu.
Dari penjelasan yang diketahui bahawa Tuanku telah pergi ke acheh secara senyap-senyap selepas ditabalkan menjadi Sultan ke 34 tujuan ingin mengetahui keturunan. Sebenarnya Tuanku telah tersilap langkah pergi ke acheh kerana Tuanku bukan dari keturunan sebelah sana. Almarhum Sultan Yusop Izuddin Shah adalah putera kepada Almarhum Sultan Abdullah Muhammad shah dari Melaka. Almarhumah Puan Khatijah Amad saja dari keturunan Acheh berpandukan salasilah yang tercatiti didalamnya. Tuanku telah mengelirukan seluruh rakyat Negeri Perak dengan memutarbelitkan setiap butiran dan fakta termasuklah diri Tuanku sendiri menjadi tidak betul. Oleh itu, kembalilah Tuanku kepada jalan yang benar. Allah jadikan umur manusia singkat dan panjang, yang hidup pasti akan mati jua.

Dalam salasilah Negeri Perak ada menyebut Sultan Perak ke 29 disebut Sultan Abdul Jalil Karahmatullah. Ianya bertentangan dengan orang yang tidak pernah wujud didunia yang boleh diucap Innalillahiwainnahirajiun. Datuk saya bernama Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Mutaram Shah adalah sultan Perak ke 3. Wajahnya ada persamaan dengan orang disebut, Almarhum Sultan Nasiruddin Mutaram Shah telah menerajui Negeri Perak pada 1606 hingga 1636 selepas Sultan Abdul Jalil Riayat shah pulang ke Sumatera. Kemudian Baginda mangkat dan disemadikan disisi anak perempuannya bernama Puteri Reno Sumpur dipekarangan  perkuburan diraja Pagar Ruyung Sumatera pada tahun 1600, saya ada buktinya.

Dalam sejarah kedatangan Raja-Raja Melayu dari sumatera didapati pakar sejarah tidak mengetahui dengan lebih tepat kerana mereka mengetahui dan bertanya dengan orang-orang bawahan tidak menerusi dengan keturunan sebenar yang lebih tahu tentang sejarah, ini amat mengelirukan seluruh rakyat.

Demikian penejlasan ringkas saya yang dapat saya pertengahkan untuk maklumat Tuanku yang kurang tahu sejarah keturunan kita. Antara bonda saya dengan bonda Tuanku terikat sebagai saudara sepupu sebenar. Walaupun Tuanku seorang anak angkat yang menjadi kesayangan kepada Almarhummah (Poo).

Allah telah melenyapkan ingatan serta mengaburkan kedua belah mata Raja Mansur yang telah banyak membuat tohmahan dan pembohongan menerusi orang-orang tertentu kononnya saya bukan keturunan Raja. Salasilah Negeri Perak yang ada pada saya terlalu jauh bezanya dengan salasilah yang Tuanku cipta. Tujuan bagi mengabur mata rakyat kerana itu, Raja Mansur harus menanggung dosa-dosa yang dibuat oleh Tuanku. Bertaubatlah Tuanku. Allah itu maha besar, maha melihat, maha kuasa serta member petunjuk. Jangan mudah ikut hasutan syaitan.
Raja Mansur buat kali pertama telah menulis surat kepada saya sebelumbeliau menamatkan tempoh tugasnya pada penghujung Oktober 2008 dan secara tak langsung beliau telah meminta maaf diatas kesilapan beliau yang tak disengajakan.

Ini menunjukkan Raja Mansur selama ini ikut perintah dan terpaksa tunduk oleh kerana masih dalam perkhidmatan, apabila beliau tidak lagi berkhidmat dibawah naungan Tuanku, barulah saya faham dan dapat menilai setiap perbuatan yang terancang.

Tuanku telah dinobatkan sebagai Sultan buat bebrapa seketika sementara pewaris sebenar wujud, sumpah ikrar Tuanku semasa dimakam Tok temong membuat pengakuan bahawa Tuanku akan mengembalikan semula hak kepada anak cucu cicit Tok temong. Saya bukan mahu merampas takhta yang disandang, yang saya tuntut adalah ganjaran serta elaun bulanan serta faedah rawatan setiap kali saya sakit.

Saya mohon Raja Jaafar perlu ditutunkan kerana melibatkan kes pembunuhan isteri keduanya dan juga menuntut kedua orang putera Tuanku perlu digugurkan mengikut Akta Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang termaktub, mengapa ahli-Ahli Dewan Negara yang melantik mereka mengabaikan etika tersebut yang telah diluluskan oleh Raja-Raja dahulu disamping mengecualikan persyaratan yang tidak sepatutnya dibuat.

Salasilah Negeri Perak yang telah dikembalikan kepda saya oleh pihak tertentu pada bulan Mei 2007 setelah pengesahan dibuat menunjukkan nama saya dan nama bapa saya telah ditukar kepada nama Raja tujuan mahu diselarikan dengan nama-nama yang ada. Ianya menjadi suatu perubahan dengan menghapuskan nama Tengku sealiran dengan peninggalan warisan keturunan daripada Iskandar Muda atau Sultan Abdul Jalil Nasirudin Mutaram Shah terus kepada Sultan ke 18 iaitu Sultan Ahmadin Shah.





Dan bagi menjawab persoalan mengapakah Ku Ann menggunakan gelaran "Tengku" dan tidak menggunakan "Raja", dibawah dilampirkan salasilah Kerabat Diraja Negeri Perak.


Friday 14 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (7)

Sebelum merungkai seterusnya siapa Ku ann@Raja Amran@Tengku Amran yang menuntut waris Kesultanan Perak, kami ingin membawa pembaca untuk melihat satu lagi misteri yang mempunyai hubungkait dengan istana. Ia melibatkan seorang yang tiba-tiba menjadi popular selepas Pilihanraya Umum 2008. Beliau adalah Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaludin.

Dalam isu WWW1 yang melibatkan Sultan Johor, DS Nizar telah membabitkan dirinya dalam isu tersebut dengan mengkritik pembaziran yang dibuat kerana menghabiskan sejumlah wang yang banyak hanya untuk membeli nombor plet kereta. DS Nizar adalah satu-satunya pemimpin yang berani mengkritik pembaziran tersebut manakala pemimpin yang lainnya hanya mendiamkan diri.

Tindakan DS Nizar itu telah mendapat kecaman bukan saja dari pihak istana, pemimpin Umno malah pemimpin Pas sendiri mengecam tindakan DS Nizar tersebut. Mengapa DS Nizar begitu berani menegur istana sedangkan pemimpin lain semuanya takut?

DS Nizar tidak kesaorangan dalam mengkritik istana Johor. Dalam masa yang sama, Uncleseekers tiba-tiba menjadi blogger terkenal kerana pendedahan beliau tentang istana Johor. Uncleseekers bukan saja berani, malah mencabar sesiapa saja yang boleh membuktikan apa yang ditulisnya adalah salah.

DS Nizar akhirnya disiasat polis dan komputer beserta handphonenya dirampas oleh polis. Sehingga kini, semua barangan yang dirampas masih lagi belum dipulangkan.

Uncleseekers juga mengalami nasib yang sama dimana dia ditangkap, dituduh menagih dadah, komputernya juga dirampas tetapi akhirnya dibebaskan. Sehingga kini, kedua-dua mereka, DS Nizar Jamaludin dan Uncleseekers masih lagi tidak didakwa.

Umum mengetahui bahawa Uncleseekers bukanlah sebarang rakyat biasa.Bapanya ialah Syed Hussien Al-Attas dan mereka berasal dari orang besar Johor. Malah, Sultan Johor sepatutnya menghormati keluarga Al-Attas kerana keluarga inilah yang banyak membantu Istana Johor.

Tetapi apa kaitan keluarga Al-Attas dengan DS Mohd. Nizar?


Gambar diatas diambil dari blog Pak Habib disini. Tidak diketahui bilakah gambar ini diambil kerana artikel yang disiarkan ialah pada 26 Ogos 2012 tetapi artikel tersebut adalah ulangsiar dari artikel pertama yang disiarkan pada 1993.

Perlu juga diingat, isteri Sultan Johor adalah Raja Zarith Sofia yang merupakan anak kepada Sultan Idris Shah, Sultan Perak ke 33.

Dalam krisis Perak pada tahun 2009, DS Nizar berhadapan dengan Sultan Azlan Shah.

Pada 4 Februari 2009, DS Nizar telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Azlan Shah untuk memohon supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri ekoran tindakan tiga orang ADUN yang melompat. Keesokan harinya, DS Nizar dipanggil mengadap, bersaorangan. DS Nizar beranggapan bahawa dia berhadapan dengan seorang Sultan yang arif tentang undang-undang dan berharap agar Raja Azlan dapat membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya satu pilihanraya baru diadakan.

Apa yang berlaku adalah mengejutkan dimana Raja Azlan telah menitahkan DS Nizar supaya meletakkan jawatan. Apa yang dilakukan oleh Raja Azlan adalah bertentangan dengan undang-undang, malah bertentangan dengan apa yang ditulisnya dalam bukunya sendiri bahawa Menteri Besar tidak boleh disingkir oleh Sultan.

DS Nizar berhujah dan akhirnya berkata, "Ampun Tuanku beribu ampun sembah patik harap diampun. Patik mohon sembah derhaka."

DS Nizar menggunakan bahasa istana yang bermaksud, "saya tidak bersetuju." tetapi ayat yang digunakan telah diputarbelit oleh Umno untuk menggambarkan bahawa DS Nizar adalah seorang penderhaka. DS Nizar tumbang tetapi sehingga hari ini beliau tidak menerima apa-apa surat untuk membuktikan bahawa beliau telah disingkir sebagai Menteri Besar.

Semasa krisis Sidang DUN, Speaker V.Sivakumar telah diheret oleh anggota polis yang menyamar sebagai pegawai Dewan supaya seorang Speaker baru dilantik. Kejadian ini berlaku semasa Raja Muda, Raja Nazrin Shah sendiri berada didalam Dewan. Apabila semua kekalutan reda, Raja Nazrin mengiktiraf Speaker baru yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional.

Mengapakah Raja Azlan begitu marah kepada DS Nizar dan menyuruh DS Nizar meletak jawatan? Mengapakah Raja Nazrin sama-sama bersubahat menyingkir Speaker dari kerusinya dan mengiktiraf Speaker baru dalam sekelip mata?

Apakah terdapat isu lain yang menyebabkan Sultan mahukan DS Nizar disingkir? Siapakah DS Nizar sebenarnya?

Ku Ann@Raja Amran@Tengku Amran (dua dari kiri) bersama DS Nizar Jamaludin.

Gambar diatas diambil pada tahun 2002 dimana DS Nizar pada masa itu hampir tidak dikenali langsung. Apa kaitan DS Nizar dengan Ku Ann?

Perlu juga dinyatakan disini bahawa seorang abang kepada DS Nizar merupakan bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Allahyarham Khalil Shah.

Apakah Nizar seorang penderhaka? Ataupun beliau berketurunan raja?